paradiesMosque

Majlis Iqra di Masjid Paradies / Iqra Session at Paradies Mosque

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bahasa Malaysia (Scroll down for English Version)

Mewakili Imam Fahim Dragusha, kami menjemput anda berserta rakan dan ahli keluarga ke majlis IQRA sekali lagi yang akan berlangsung di Masjid Paradies, St Gallen.

Ianya akan diadakan pada 7 haribulan Jun bermula pukul 10 pagi.

 Memandangkan Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi, Imam Fehim akan menyentuh aspek amali di bulan yang mulia ini.

 Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ” Setiap amalan anak Adam itu akan digandakan, satu kebaikan dari 10 kali ganda sehinggalah 700 kali ganda. Allah berfirman ” kecuali ibadat puasa, ianya hanyalah untukKu dan Aku akan memberi ganjarannya yang setimpal kepada mereke yang menjauhi nafsu dan makanan demi keranaKu.””

 Ada dua waktu dimana nikmat puasa dikecapi bagi orang yang berpuasa, satu, ketika saat berbuka dan keduanya ketika dia bertemu dengan Allah SWT.

 Nafas berbau seorang yang berpuasa itu adalah lebih baik di sisi Allah berbanding haruman kasturi. Riwayat Al-Bukhari.

 Maklumat lanjut majlis

Tempat:

Paradies Moschee

Paradiestrasse 2,

9000 St Gallen

 Tunjuk arah:

Sila guna alat sistem penentu kedudukan global (GPS) anda. Kereta boleh diletak di zon biru. Jika anda bertuah, letakkan kereta anda bersebelahan Restoran Bughof yang berwana jingga terang.

Letak Kereta: Terdapat tempat meletak kenderaan kepunyaan masjid di sebelah kanan ataupun di depan garaj di sebelah kiri.

Dengan keretapi: Sila berhenti di Stesen Keretapi St Gallen, naik bas no 7 menuju ke Abtwill dan berhenti di perhentian Sporthalle. Lintas jalan sehingga bertemu rumah no 11 Paradiestrasse. Pusing kiri dan anda akan melihat Restaurant Burghof yang berwarna jingga terang.

Laluan alternatif: Jalan kaki selama 15 minit terus dari Stesen Keretapi St Gallen menuju ke arah bertentangan ke Zurich. Seberang jambatan dan lintas jalan. Bangunan jingga terang kelihatan dari jauh

Aturcara;

10.00-11.00- Ketibaan peserta dan bacaan Al Quran kumpulan 3

11.00-12.00- Ceramah oleh Imam Fehim Dragusha yang bertajuk “Bagaimana untuk menjadi produktif di bulan Ramadhan”.

12.20-12.45- Sessi soal jawab

12.45- Solat Zohor dan bacaan Al-Quran

Jamuan tengahari diteruskan selepas solat. Kemudia disusuri oleh bacaan Al Quran oleh kumpulan 1 dan 2.

Sila bawa Al Quran kegemaran anda dan kain telekung bagi Muslimat untuk solat Zohor.

Sila khabarkan kehadiran anda kepada ahli jawatankuasa Iqra bagi membantu proses perangan majlis.

Bagi yang  memandu, seelok-eloknya anda menawarkan tumpangan kepada mereka yang memerlukan terutama jika anda melepasi Stesen Utama Zurich ataupun Stesen Lapangan Terbang.

Semoga Allah memberi ganjaran di atas semua kebaikan. Amin

 Salam daripada

Siti Zubaidah Klinkner

Bersama Imam dan IQRA Committee.

_______________________________________________

English Version

Assalamualaikum wbrt On behalf of Imam Fehim Dragusha, I am inviting all of you, friends & family to another IQRA session at Paradies Mosque, St Gallen. It will be held on June 7th 2014 at 10 am onwards. Since we will be approaching Ramadhan very soon InshaaALLAH, Imam Fehim will touch on some practical aspects of this holy month. Abu Hurayrah reported that the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said: Every action a son of Adam does shall be multiplied—a good action by ten times its value, up to 700 times. Allah says: With the exception of fasting, which belongs to Me, and I reward it accordingly. For, one abandons his desire and food for My sake. There are two occasions of joy for a fasting person: one when he breaks his fast, and the other when he meets his Lord, and the (bad) breath (of a fasting person) is better in the sight of Allah than the fragrance of musk.(Al-Bukhari) Further details are as follows: Location: Paradies Moschee Paradiesstrasse 2, 9000 St Gallen. Directions: By Car: Use your Navigation, simply input the address and drive. Park in any of the blue zone areas. If you are lucky, park next to the restaurant Burghof. Bright Orange Building PARKING: There are parking lots belonging to the Mosque on the right side OR in front of the garages on the left side. By Train from Zürich or Rorschach or others Drop off at St Gallen Bahnhof, take the bus 7 richtung Abtwil and alight at Sporthalle. Cross the road using the pedestrian crossing. Cross again and walk straight till you find a house number 11 on Paradiesstrasse. Turn left and you will see Restaurant Burghof. Bright Orange Building. Alternatively, you can take a 15mins walk straight from Bahnhof in the opposite direction of the train from Zürich, over the bridge and cross the road. The Bright Orange Building can be seen from far.

Programme for the day: 10.00 – 11.00 Arrival of IQRA participants and Group 3 Quranic Reading 11.00 – 12.20 Lecture by Imam Fehim Dragusha Topic: HOW TO BE PRODUCTIVE IN RAMADHAN 12.20 – 12.45 Q&A 12.45 – Zuhur Quran Reading After Zuhur Lunch After Lunch Further Quran Reading by Group 1 and 2 You will need to bring your favorite Quran and also your headgear (Telekung/Mukena) if you are joining for Zuhur prayers. Kindly RSVP your attendance to help us plan this session better. On another note, we are appealing to those who are driving – it would indeed be a great favour if you can offer rides to other sisters if you have empty seats, especially if you are passing by Zûrich Main Train Station or even Zûrich Airport. You can offer your rides using this platform as your emails will be read by all IQRA’s members. May ALLAH sbwt reward your good deeds. Ameen. Till then, we look forward to welcoming and sharing an enriching session with you. Best regards and As salam, Siti Zubaidah Klinkner Imam and the IQRA Committee 2014

Apa komen anda? / Leave a reply